- Details
- Super User
- Hits: 1478
PIAGAM PELANGGAN
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) beriltizam untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, beretika, professional, cekap dan mesra dengan memastikan institusi di bawah kuasanya:
1. Menyediakan program pengajian yang mendapat akreditasi daripada MQA atau badan-badan professional yang berkaitan;
2. Memproses pengambilan pelajar ke politeknik dan kolej komuniti mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan serta memaklumkan keputusan kemasukan dalam DUA PULUH (20) hari bekerja selepas tarikh tutup permohohan;
3. Melaksanakan bayaran bantuan kewangan dalam tempoh TIGA PULUH (30) hari bekerja selepas keputusan diumumkan kepada pelajar yang layak; dan
4. Memaklumkan keputusan peperiksaan dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari bekerja selepas semester pengajian berakhir.