Sijil Pengembaraan Pelancongan merupakan satu program yang direkabentuk bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan memperolehi pengetahuan bagaimana untuk melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan pelancongan dan pengembaraan. Pelajar akan didedahkan dengan modul Pertolongan Cemas, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Rekreasi Darat, Rekreasi Air, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan serta Tiketan dan Tempahan..