Sijil Pengembaraan Pelancongan

Syarat Am Kemasukan 

1. Warganegara Malaysia

2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

Tempoh Pengajian 4 semester

 

PENGENALAN

Program Sijil Pengembaraan Pelancongan ditawarkan bagi mengikuti perkembangan teknologi yang semakin pesat dan berkembang dalam industri hari ini. Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah bekerjasama dengan pemain industri pelancongan negara dalam menyediakan kurikulum program Sijil Pengembaraan Pelancongan. Kerjasama ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan terkini dan kemahiran yang relevan untuk memenuhi cabaran dan keperluan global industri.

 

SINOPSIS

Program ini direka bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini, pelajar akan memperolehi pengalaman dalam melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan industri pelancongan. Antara kandungan pengajian yang diperkenalkan dalam program ini ialah seperti Asas Pelancongan Malaysia, Pengenalan kepada Industri Pelancongan dan Hospitaliti, Interpretasi Pelancongan, Pertolongan Cemas, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Pemasaran Pelancongan, Rekreasi Pelancongan, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Tempahan dan Tiketan, Geografi Pelancongan, Operasi Acara, Pembangunan Profesional dan Pengurusan Acara Sosial. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan kursus am dimana pelajar akan dibekalkan dengan kemahiran insaniah dan keusahawanan. Di samping tugasan dan ujian, pelajar juga akan dinilai melalui amali dan juga praktikal bagi membolehkan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara berkesan. Program sijil ini ditawarkan selama empat (4) semester termasuk latihan industri pada semester akhir bertujuan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pelajar sebagai persediaan untuk memasuki pasaran kerja. Lulusan program ini akan bersedia menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang pelancongan.

 

SYARAT KELAYAKAN

  • WARGANEGARA Malaysia
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara
  • Lulus Bahasa Melayu dalam Peperiksaan SPM /SPMV
  • Kepujian dalam mana – mana satu (1) matapelajaran SPM

 

PROSPEK KERJAYA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pelancongan yang boleh diaplikasikan pada pelbagai jenis kerjaya dalam industri pelancongan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pelajar dari program ini membolehkan mereka meneroka peluang pekerjaan sebagai:


a. Pemandu Pelancong Bandar (City Guide)
b. Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi (Nature Guide)
c. Pemandu Pelancong Setempat (Onsite Guide)
d. Kerani Tempahan
e. Perunding Lawatan
f. Koordinator Lawatan
g. Pegawai Pelancongan
h. Penyelia Rekreasi
i. Pengendali Acara
j. Pegawai Khidmat Pelanggan
k. Wakil Pemasaran dan Jualan
l. Usahawan

VISI
Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.

MISI
a. Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf.
b. Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat.
c. Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
d. Memanfaat sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.

 

MATLAMAT PENDIDIKAN
Menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara.

 

MATLAMAT PROGRAM (MP)
Program ini percaya bahawa setiap individu mempunyai potensi diri dan berupaya menggalas tugas dengan bertanggung jawab, kreatif dan inovatif dalam menyokong aspirasi negara dalam usaha untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan dunia, yang selari dengan slogan "Malaysia Truly Asia".

OBJEKTIF PROGRAM (OP)
Sijil Pengembaraan Pelancongan dapat menghasilkan pengendali operasi pelancongan yang:
OP1 : menunjukkan pengetahuan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran numerasi dalam bidang Pengembaraan Pelancongan.
OP2 : mempamerkan kemahiran teknikal dan kemahiran teknologi digital dalam bidang Pengembaraan Pelancongan.
OP3 : mengamalkan kemahiran interpersonal dan komunikasi dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan budaya dalam menyampaikan perkhidmatan.
OP4 : mengamalkan ciri kepimpinan, pembangunan kendiri, pemikiran keusahawanan dan mematuhi etika kerja profesionalisme dalam menyampaikan perkhidmatan.

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)
Setelah menamatkan program ini, pelajar dapat:
HPP1 : menjelaskan pengetahuan asas, teori, prinsip dan konsep dalam bidang Pengembaraan Pelancongan.
HPP2 : mengaplikasi kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran numerasi berkaitan tugas dalam bidang Pengembaraan Pelancongan.
HPP3 : mempamerkan kemahiran teknikal berdasarkan skop kerja yang diperlukan dalam bidang Pengembaraan Pelancongan.
HPP4 : mengamalkan kemahiran interpersonal dan komunikasi secara berkesan terhadap individu atau berkumpulan dalam menyampaikan perkhidmatan.
HPP5 : mempamerkan keupayaan menggunakan teknologi digital dalam menyampaikan perkhidmatan.
HPP6 : menunjukkan keupayaan menjalankan tugas dengan kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan.
HPP7 : mengamalkan pembelajaran kendiri dan minda keusahawanan dalam menyampaikan perkhidmatan.
HPP8 : menunjukkan kebolehan untuk patuh kepada etika kerja dan profesionalisme dalam menyampaikan perkhidmatan.

 

PELAKSANAAN PROGRAM

Pengajian dijalankan secara:-

  • SEPENUH MASA (Isnin hingga Jumaat)
  • TEMPOH: 16 Bulan (4 Semester)
  • 3 SEMESTER (Pengajian) DAN 1 SEMESTER (Latihan Industri)